Filled Under:

Woww !! Memang tak sangka , Comel sangat gambar Ayda Jebat semasa di bangku sekolah !




Nama Ayda Jebat bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air, malah namanya semakin mendapat tempat di hati peminat. Lebih-lebih lagi bila baru-baru ini berjaya meraih 5 Anugerah MeleTOP Era sekaligus melonjak lagi namanya untuk dikenali ramai.



Mempunyai penyokong dan peminat yang ramai, Ayda Jebat memiliki kekuatan tersendiri untuk terus bersinar di pentas hiburan. Bukan setakat memiliki rupa paras yang cantik dan comel, setiap apa yang dilakukannya mendapat respon positif daripada peminat walaupun mungkin ada sebilangan yang tidak menggemarinya.
Selongkar punya selongkar ternampak satu gambar bersih lagi suci dari Instagram miliknya. 



Dikhabarkan, gambar itu diambil sewaktu masih di zaman persekolahan, tingkatan 3.
Nampak tak muka dari muda sehingga kini yang agak berusia masih maintan comel. Haha. Tapi kan kalau tengok Ayda Jebat ni dengan berhijab memang manis ayu sangat kan.

>>