Filled Under:

Seorang Wanita Melalui Detik Bersalin Yang Membuatnya Trauma , Gara-Gara Jururawat Yang Bersikap Kurang Ajar !!




Tugas sebagai jururawat bukannya mudah, mereka perlu berurusan dengan pelbagai jenis ragam pesakit setiap hari. Oleh itu, ketelitian dan kesabaran yang tinggi amat penting dalam mengendalikan tugas. Tak dinafikan tugas mereka ni sangat penat tapi itu bukan alasan untuk bersikap kurang ajar dan kasar dengan pesakit.
Seperti pengalaman yang diceritakan wanita ini, dilayan dengan kasar dan cuai sehingga tertinggal uri dalam perut. Ditambah pula bahasa yang digunakan nurse itu sangat ‘kurang ajar’. Uish dasyat!

Contraction sangat regular dan kena admitted ward

Hari ni saya nak share pengalaman bersalin yang memang buat saya trauma tapi untuk tambah lagi tak la kan. Hurm. Pada hari isnin 11/7/2016, saya masih cuti raya. Waktu ni kandungan saya dh 39w++. So pagi tu saya bangun awai kemas-kemas rumah lepas seminggu balik kampung. Suami balik makan tengahari. Lepas makan tu perut saya rasa mcm nk cirit birit je. So dalam pukul 3 tu saya dah start kira contraction. Sakit 5 minit ke 5 minit. Saya risau jugak waktu tu tapi saya layankan je sebab tanda tak turun lagi. Sampai lah pukul 5 sakit tu. Saya call husband suruh balik. Husband pon balik dengan kalutnya sebab ni 1st time rasa nak bersalin.
Lepas cek bukaan baru 2cm tapi doktor cakap contraction saya sangat regular so saya kena admitted. Sakit makin lama makin terasa. Rasa kuat lagi sebab bila suami kt sebelah. Admitted dalam pukul 8 macam tu. Sakit makin kerap. Suami hantar makan dalam pukul 9lebih. Waktu tu mintak suami temankan ke toilet sebab sakit tak tahan sangat. Tengok-tengok darah dah turun. Nurse pon cek bukaan dah 4cm. Terus ke labour room. Masuk je labour room request husband temankan sebab at least bila ada husband kita kuat (kononnya la kan).

‘Eh, awak ni banyak dosa sangat ke hah sampai jadi macam ni?’

 So bermulalah episod nak bersalin sangat sebab waktu tu sakit selang seminit dah. Mula-mula dapat nurse yang baik, dia pon check bukaan dan sangat berlembut (waktu tu saya dah sakit sangat-sangat asyik jerit Allah), tengok-tengok nurse yang baik tu dah habis waktu berkerja so tukarlah misi lain. Allahhu.. Misi yang kali ni mulutnya ya Allah. Nurse yang baik tu sebelum balik dah kena jerit-jerit hanya sebab selerakkan barang bersalin tu sikit ja pon. Dah la orang tengah sakit boleh pulak dia tunjuk lagak.
So waktu tu saya memang dah tak tahan sakit, misi tu pon datang dekat dengan mulut yang teramat-amat tak pikir perasaan orang. Dia boleh tanya saya pelik-pelik soalan, antara ayat yang keluar pada mulut misi ni ‘Eh, awak ni banyak dosa sangat ka hah yang jadi macam ni (hanya sebab saya asyik jerit ya Allah ya Allah), ‘hish awak ni la, sambil perbetul tempat check jantung baby (siap tampar lengan saya), ‘awak ni mesti dosa banyak, dah mintak ampun ka kat suami’, dan macam-macam lagi. Time tu saya tak layankan dia sebab dia dok complain banyak patient sangat waktu tu. Dia bising kat saya sampailah saya cakap baby nak keluar dah ni, dia buat tak tau ja padahal dah keluar kepala baby (dasyat sungguh perangai misi tu).

Mulut bising sambil buat kerja sampai uri tertinggal dalam perut

Last-last dia sambut dia tanya lagi, kamu ni buat dosa apa ni, macam mana kamu bela anak-anak kamu yang sebelum ni, tengok la anak kamu ni, ingatlah Allah dah bagi kifarah kat kamu, tengok anak kamu ni cacat. Ya Allaahh.. Mana la perasaan awak waktu tu misi. Sambil dia bersihkan baby, mulut dia masih bising-bising kat saya sedangkan dia kenal saya pun tidak dah pandai judge saya ni banyak dosa sebab tu anak saya dilahirkan macam tu. Bila mulut bising buat kerja tak ikhlas, boleh pulak dia tertinggal uri dalam perut saya, ya Allah misi, ikhlas lah buat kerja kamu sesungguhnya kerja kamu pahalanya besar. Dalam pada dah buat kesilapan boleh lagi dia cakap macam-macam kat saya macam saya ni pernah buat salah siap cakap ‘tau dak orang yang beranak ni Allah hapus dosa tapi saya tak tahu dosa awak ni Allah ampunkan atau tak sebab awak dah menyusahkan saya. Misi!! Menyusahkan awak? Saya beranak pon dok atas katil, teran baby pon saya yang teran, apa yang menyusahkan awak sangat tu?? Sebab saya jerit? Sebab saya tak tahan sakit ?? Atau sebab awak rasa awak ni banyak jasa sangat lepas maki saya macam-macam?
Dah tu dah nak keluarkan uri tu awak merungut, last-last misi tu suruh doktor yang carikan uri tu, alhamdulilah, dapat uri tu tanpa masalah dengan hanya 15 minit tapi misi tu korek tempat bersalin saya sejam!!! Sejam tak jumpa uri dalam perut saya sebab mulut jahat dia yang merungut sambil buat kerja!!! Dah dia jugak yang jahitkan saya!! Dia jahit punya lah sakit sangat-sangat !!! Lepas ja dia jahit dia blah macam tu ja. Dibiarkan saya terkangkang macam tu sampailah setengah jam. Ya Allah.. Mungkin ini ujian yang pertama engkau berikan supaya aku lebih bersabar dengan kerenah manusia.

Harap misi tu berubah dan jalankan tanggungjawab dengan ikhlas selepas ni

Datanglah doktor untuk cek tempat jahitan semua cuma jahitan tu dia buat tak kemas alasan apa yang dia beri pun tak tau. Misi, kalau lah awak ada masalah sekali pun jagalah mulut awak tu. Tak kira sepuluh tahun pun awak kerja. Ingatlah kalau nak buat mulut macam tu janganlah jadi misi nah. Sebab cara awak langsung tak profesional! Saya stay hospital pun saya bayar walaupon RM50 sekali pon! Jangan jangan jangan buat seorang ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan seorang bayi ke dalam dunia ni macam kami ni anjing depan mata awak! Kerjalah dengan ikhlas! Sia-sia awak ni islam tapi sayang perangai awak lagi teruk walaupun kerja awak kerja yang mulia!! Maaflah saya bukannya macam awak sampai nak mention nama awak kat sini. Saya harap sangat awak berubah satu hari nanti dan jalankan tanggungjawab awak sebagai misi dengan ikhlas walau macam mana buruknya perangai patient awak satu hari nanti!! Ingat ikhlas!! Ni lah kisah saya dengan misi yang takkan saya lupakan sampai saya susah nak terima apa yang misi tu cakap sampai sekarang! Oh ya saya bersalin di sebuah hospital kerajaan di Kedah. Saya harap sangat adalah misi tu baca dan sedar kesilapan dia.

Apa-apapun, isu sebegini seeloknya disuarakan terus kepada pihak hospital agar tindakan yang sewajarnya diambil untuk memberi pengajaran kepada jururawat yang bermasalah. Jangan kerana nila setitik, rosa susu sebelanga.

sumber: Info Ibu Hamil