Filled Under:

Perokok tolong fahami !! Walaupun tidak merokok di hadapan kanak-kanak , ia tetap bahaya buat kanak-kanak !!



Seorang ayah datang membawa anak kecil berusia setahun yang kelihatan sedikit tercungap-cungap, diselang seli dengan batuk yang kuat. Kanak-kanak comel itu terkekek-kekek ketawa menampakkan dua batang gigi saat saya meletakkan stethescope di dadanya.
"Paru-paru ada bunyi (ronchi) macam lelah sikit, encik. Kitab agi dia nebulizer sekejap ye,"
Si ayah mengangguk perlahan. Saat saya meletakkan nebulizer mask untuk anak tersebut yang dipangku ayahnya, baru rokok menerpa masuk ke hidung.
"Encik merokok ke?"
"Merokok, tetapi di luar rumah saja. Saya memang jaga, tak merokok di depan anak-anak," jawabnya perlahan.
"Encik dan isteri ada sejarah asma (lelah)?" soal saya lagi.
Anak-anak mereka yang berumur sebulan dan tiga tahun juga sudah kerap berulang alik ke klinik untuk mendapatkan nebulizer.
"Doktor kata anak yang berusia 3 tahun itu dah kena asma dan perlu mula guna ubat pam (inhaler) tetapi saya tak bagi. Nanti susah kena guna berterusan pula. Ada anak rakan yang guna inhaler tetapi tak sembuh juga. Kalau boleh saya tak nak biasakan anak dengan ubat-ubatan lagi," katanya.
Kata-katanya itu membuatkan saya terdiam. Kesalahan merokok itu bagi saya sudah cukup berat bagi si ayah yang punyai anak kecil, menafikan hak seorang anak untuk mendapatkan rawatan terbaik menambahkan lagi bebanannya. Tiada anak yang tidak menyayangi anak-anaknya. Namun masih kurang kesedarannya.

FAKTA

Tidak merokok secara direct di hadapan kanak-kanak atau orang dewasa yang lain tidak bermakna ia tidak mendatangkan bahaya. Bahaya passive smoker atau third stream smoker adalah berganda berbanding si perokok. Nikotin yang melekat pada baju, kulit serta tubuh badan si ayah yang merokok boleh dipindahkan ketika memeluk, mendukung dan mencium anaknya.
Ubat asma tidak boleh menyembuhkan namun untuk mengawal daripada menjadi semakin teruk. Malah kanak-kanak yang mendapat rawatan, namun berterusan terdedah dengan asap rokok sebagai passive smoker/third stream smoker yang berisiko dengan serangan lelah yang akut.
Hampir 90% daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang perokok.
Menurut kajian, kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ubat asma tidak berkesan 100%. Justeru diharapkan agar ayah-ayah yang penyayang di luar sana dapat mempertimbangkan untuk berhenti merokok. Kelak tidak memberi kemudaratan pada orang di sekeliling terutamanya anak-anak kecil. Mohon sebarkan


sumber : barulaviral